Powered by Blogger.

Monday, 6 February 2012

IPGRM Oh Akademi ...

 Ibu dan anakku ...

Pertama kali menjejakkan kaki ke IPGKRM adalah suatu pengalaman yang baru. Setelah hampir 5 tahun meninggalkan alam pembelajaran, kali ini saya harus meneruskan perjuangan. Dari seorang GSTT, untuk menjadi seorang guru tetap, saya dan rakan-rakan lain harus meladeni sesi akademia selama setahun lebih. Meskipun terlalu berat, kerana sudah berkeluarga, namun itulah pengorbanan yang harus dilalui oleh saya, terutama famili saya, suami dan anak yang bakal menjelang tahun ketiga dalam kehidupannya.

Suasana pendaftaran 

Sedih, bercampur gembira. Itulah perasaan ketika menjejakkan kaki di sini. Berat hati untuk melepaskan anak, namun semua itu sudah ketentuan Allah jua, saya pasrah. Dalam pada itu, sudah hampir sebulan lebih menjalani penghidupan di sini. Alhamdulillah, dalam kos pemulihan, banyak perkara baru yang dipelajari, terutama bekalan sebagai seorang bakal pendidik yang akan berhadapan dengan anak-anak kecil yang baru memulakan penghidupan kelak.

Makan ... tetap makan walau sedih ... hehehe

Moga-moga, berkat doa suami dan anak serta keluarga saya dapat menyudahkan pembelajaran di sini dengan cemerlang. Disamping itu, saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada suami, juga ibu yang sentiasa memahami diri ini. :)

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP